Sabtu, Ogos 21, 2010

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..begitu pantas masa berlalu..kini kita sedang berada di dalam bulan ramadhan  yang mulia. Semoga di bulan ini kita dapat memanfaatkan seluruh masa dengan sebaik mungkin,kerana bulan ini penuh dengan keberkatan.

Bersahur dan berbuka bersama keluarga banyak kebaikannya,inilah masa kita berkumpul dan merapatkan kemesraan antara ahli keluarga.Kebanyakan masyarakat kita mengambil peluang untuk bertukar-tukar juadah berbuka sesama jiran tetangga.Inilah yang di katakan keunikan dan kemanisan di bulan ini yang tidak terdapat di bulan-bulan lain.

Sementara itu juga,bersolat berjemaah di surau mahu pun di mesjid,sudah menjadi tradisi utama di bulan ini.Kita dapat lihat suasana 'hidup'nya rumah-rumah Allah ini apabila berbondong-bondong para kariah datang untuk menunaikan solat terawikh..Semangat cintakan agama sangat terserlah bila kita lihat ramai yang memperuntukkan masa malamnya dengan beribadat dan membaca Al-Quran.

Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan.Marilah kita mengisinya dengan rasa yang penuh dengan keinsafan,kerana tahun hadapan belum tentu lagi kita dapat menemuinya..Salam kesyukuran dan marhaban ya ramadhan..