Isnin, April 25, 2011

Aku Anak Melayu..

54 tahun sudah berlalu..
Tanah Melayu bertukar nama..
Malaysia negara tercinta.
Warisan anak merdeka
Di medan indah.
Perjuangan belum selesai
Walau penuh hutan batu
Mencakar langit
Walau jenuh menghitung kereta
Tanda sudah berjaya
Institusi pendidikan melata
Prasarana keliling negeri
Perbankan menjana rezeki
Tak payah cari..
Aku bangga kini
Bangsa ku mewah tak terhitung jari
Seantero dunia negara ku berdiri
Gemilang sendiri..
Tapi miskin bahasa..
Malu tak bertempat
Bahasa melarat.
Bahasa ku indah menawan
Siapa dengar pasti tertawan
Tapi bisa hancur di genggaman
Mengapa budiman..
Cacatkah bahasa kita..?
Sedang orang luar pelajarinya..
Mengapa kita menjahanamkannya..?
Bangunlah bangsa ku..
Kibarkan Bahasa Melayu
Daulatkan kegemilangannya
Martabatkan darjatnya..
Untuk apa jadi Melayu..
Sedang kita menjamu keju..
Malu makan ubi kayu..
Insaflah aduhai bangsa ku..
Aku bangga kerana aku anak Melayu...