Pertama kali aku melangkah masuk..jantungku berdegup kencang. Kelihatan para pelajar memandang ke arahku dengan renungan yang membuatku kalut dan malu. Aku terus ke bilik Penyelia Petang. Setelah menyerahkan surat pertukaran sekolah, aku di tempatkan di tingkatan 2 Perdagangan 2 yang terletak di aras dua Blok C. Lantas aku di perkenalkan dengan Cik gu Hafiz Abdullah dan teman-teman sekelas yang kelihatan tersenyum memandangku..Aku terpaksa duduk di belakang sekali."Hai, alangkah tak selesanya..."
Semenjak hari itu aku merasa seronok bersekolah di sini kerana mendapat teman baru dan pelbagai cabaran yang mengusik jiwa..Paling melucukan,setiap kali aku tiba di kelas pasti Indera Safri akan menyambutku dengan menyanyikan lagu "Gadis Ayu"dendangan Black Dog Bone. Kebetulan aku memang mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipiku. Aku hanya tersenyum dan merasa terhibur dengan gelagat teman-temanku.
Sejarah merupakan subjek yang paling membosankan,tetapi oleh kerana Cik gu Rohani adalah seorang guru yang ku kira sangat garang sekali,maka aku terpaksa memberi fokus terhadapnya. Beliau rajin mengadakan kuiz bagi setiap topik yang telah di ajarnya. Kami akan di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan."Dengar sini..sesiapa yang salah jawapannya saya akan rotan..! "jelasnya dengan tegas.Bagi mereka yang tidak siapkan kerja rumah pula, bukunya akan di buang ke bawah..dan kebanyakkan buku-buku tersebut masuk ke dalam kolam ikan! .Kesian......Aku bersyukur,berkat ketegasan Cik gu Rohani akhirnya aku beroleh A dalam PMR..
Semasa di sekolah lama,aku baru belajar Asas Perdagangan tetapi di sini Cik gu Kamaruddin Dahlan telah mengajar Asas Perakaunan terlebih dahulu. " Nor,pergi depan dan buat ketuk ketampi 10 kali..! "jeritnya tiap kali aku buat salah dalam membuat akaun. Aku merasa terlalu takut dan sedih kerana hampir setiap hari kena buat ketuk ketampi..dan aku ternyata gagal subjek ini dalam peperiksaan penggal pertama. Cik gu Kamaruddin amat marah lalu aku di denda. " Nor..mulai hari ini awak tak boleh rehat kerana saya akan ajar awak di belakang kantin..Awak faham..?"katanya dengan nada yang serius. Beliau mengajarku selama dua bulan hingga aku benar-benar faham, dan selama itulah aku terpaksa menahan lapar kerana tak sempat nak makan.." Kalau awak silap lagi kira timbang duga ni, saya cucuk mata awak dengan pen ni..nampak tak?".Aku hanya menganggukkan kepala dan menangis tersedu-sedu kerana acap kali di marah,di herdik dan di ketuk kepala dengan pembarisnya." Oh,kejamnya..",bisik hatiku. Namun demikian,berkat keikhlasannya mengajar aku..akhirnya aku mendapat markah tertinggi dalam subjek ini dan aku berjaya mendapat tempat pertama dalam keseruruhan tingkatan 2. Cik gu Kamaruddin merasa gembira lalu menganjurkan perkelahan demi meraikan aku di Tanjung Balau..Barulah aku sedar bahawa beliau sangat baik orangnya. Emm..seronoknya!
Aku merasa terlalu bersyukur kerana Ustaz Zainuddin banyak membimbingku dalam selok belok agama.Aku benar-benar insaf dan sedar kerana selama ini aku memang ketandusan ilmu agama yang benar.Pada hari pertama bulan Ramadhan, beliau menegurku dengan berhikmah," Nor, saya teringin melihat awak memakai baju kurung dan bertudung, sebagai orang islam kita wajib menutup aurat..apa lagi di bulan puasa ni..Lagi pun orang perempuan nampak manis bila menutup auratnya.."katanya yang membuat aku tersedar betapa jahilnya aku selama ini. Setibanya aku di rumah aku lantas menyuruh ibuku untuk membelikan sepasang baju kurung dan tudung. Aku merasa gembira kerana esoknya aku ke sekolah dengan imej baru! " Syukran ya Ustaz...moga Allah memberkati dan membalasnya dengan segala kebaikan.."doaku tiap kali aku mengingati Ustaz Zainuddin.
Pengetua baru kami iaitu En Ibrahim b. Md Rawal banyak membawa pembaharuan di sekolah ini. Kami telah di perkenalkan dengan lagu sekolah hasil ciptaannya sendiri. Beliau menggalakkan pemakaian tudung pada pelajar perempuan dan mewajibkan pemakaian seluar panjang pada pelajar lelaki. Beliau kelihatan garang kerana tidak pernah lekang dari rotan panjangnya walau ke mana beliau pergi..Beliau mengajar subjek sivik di kelasku. Ketika itu kelasku menumpang di kantin sekolah. Betapa siksanya kerana terpaksa duduk rapat-rapat, panas dan sempit pula tu..Aku tak boleh tahan tiap kali mak cik kantin sedang memasak..."Ya Allah...laparnya,cepatlah rehat....!"bisik hati kecilku.Kebetulan kelasku berhadapan dengan bilik Pengetua..jadi setiap kali rehat pasti beliau akan memanggilku agar membelikannya makanan terlebih dahulu.Di kelas, beliau amat tegas dan memaksa kami untuk tidak bergerak walau sedikit pun.Kami seperti robot kerana kena pandang ke depan saja..sesiapa yang bergerak akan di calit dahi dan mukanya dengan kapur. Aku merasa lucu bila melihat teman-teman yang berwajah seperti tok sami, kucing comot, rambo dan pelbagai wajah misteri..
Sesungguhnya aku merasa berbangga dan bersyukur kerana menjadi sebahagian dari warga sekolah ini. Di sini aku banyak belajar untuk menghargai diri sendiri dan orang lain. Pengorbanan guru-guru tidak dapat di nilai dengan wang ringgit. Mereka telah banyak berjasa demi melihat kejayaan kita. Semoga semua guru-guru akan mendapat rahmat di atas pengorbanan mereka selama ini..Dalam keheningan malam aku merenung jauh untuk merakam iltizam akan menjadi manusia yang berguna pada bangsa,agama dan negara..Syukran cik gu dan aku sayang sekolahku..........
Rasullah SAW bersabda;'Siapa berusaha menolong keperluan saudaranya hingga terpenuhi atau tidak terpenuhi,maka ALLAH mengampuni dosanya yang terdahulu dan yang kemudian serta ditulis untuknya selamat dari neraka dan kemunafikan'
Isnin, April 27, 2009
Isnin, April 06, 2009
GURINDAM BUAT ANANDA
Salam kasih buat Ananda;
Biar kita di pisah lautan
Namun mungkin ada ketentuan
Sambil mengutip bunga kerinduan
Ananda jualah dahan harapan
Dalam rimbunan pohon kebahagiaan.
Ingatlah Ananda;
Pandailah Ananda membawa diri
Dalam mencari ilmu ilahi
Jangan mengeluh di dalam hati
Kerna Ananda kan lemas sendiri
Munajatlah padaNya Ya Robbi.
Senyumlah Ananda;
Jangan tumpahkan airmata itu
Jangan kau ikut panggilan nafsu
Iman dan taqwa jadikan perisai mu
Ilmu dan yakin jadikan pakaian mu
Kejayaan abadi kan jadi perhiasan mu.
Dengarlah Ananda ;
Dunia ini hanyalah persinggahan
Akhirat jua tempat tujuan
Cinta dan kasih hanya janganan
Buat pelengkap suatu kehidupan
Hanya Dialah yang menentukan.
Sudikah Ananda;
Menabur budi menjunjung pertiwi
Sebarkan syiar segenap negeri
Menjadi insani yang hakiki
Memimpin ummah kemudian hari
Teruskan perjuangan Rasul dan Nabi.
Jangan menoleh aduhai Ananda;
Impian Ananda jadikan azimat
Syukurlah Ananda segala nikmat
Tawadhuk dan khusuqlah dalam solat
Moga diri mu di selubungi rahmat
Langkah dan bicara biarlah berhemat
Sematkan di hati Ananda;
Kasih bonda tiada bertepi
Meski bonda kan tiada lagi
Berjanjilah pada diri ini
Pulangnya Ananda membawa seri
Berjaya di dunia jua ukhrawi.
Taman Daiman Jaya.
Biar kita di pisah lautan
Namun mungkin ada ketentuan
Sambil mengutip bunga kerinduan
Ananda jualah dahan harapan
Dalam rimbunan pohon kebahagiaan.
Ingatlah Ananda;
Pandailah Ananda membawa diri
Dalam mencari ilmu ilahi
Jangan mengeluh di dalam hati
Kerna Ananda kan lemas sendiri
Munajatlah padaNya Ya Robbi.
Senyumlah Ananda;
Jangan tumpahkan airmata itu
Jangan kau ikut panggilan nafsu
Iman dan taqwa jadikan perisai mu
Ilmu dan yakin jadikan pakaian mu
Kejayaan abadi kan jadi perhiasan mu.
Dengarlah Ananda ;
Dunia ini hanyalah persinggahan
Akhirat jua tempat tujuan
Cinta dan kasih hanya janganan
Buat pelengkap suatu kehidupan
Hanya Dialah yang menentukan.
Sudikah Ananda;
Menabur budi menjunjung pertiwi
Sebarkan syiar segenap negeri
Menjadi insani yang hakiki
Memimpin ummah kemudian hari
Teruskan perjuangan Rasul dan Nabi.
Jangan menoleh aduhai Ananda;
Impian Ananda jadikan azimat
Syukurlah Ananda segala nikmat
Tawadhuk dan khusuqlah dalam solat
Moga diri mu di selubungi rahmat
Langkah dan bicara biarlah berhemat
Sematkan di hati Ananda;
Kasih bonda tiada bertepi
Meski bonda kan tiada lagi
Berjanjilah pada diri ini
Pulangnya Ananda membawa seri
Berjaya di dunia jua ukhrawi.
Taman Daiman Jaya.
Untukmu Teman
Semilir kasih mu teman,
Menambat hidup di birai waktu ku
Di kamar kebahagiaan
Menjamah mesra kemanisan iman.
Untuk ku sujud pada Tuhan..
Semulia budi mu teman,
Memimpin tangan ku ke jalan satu
Mengisi kedamaian,
Di kota ketaqwaan
Cintaku pada Tuhan..
Seindah senyum mu teman,
Di balik keinsafan
Tirai kejujuran,
Ada ruang kesetiaan
Taat ku pada Tuhan..
Seikhlas madah mu teman,
Memintal awan berarak riang
Nur ketenangan,
Syumul bertautan.
Selaut rindu ku pada Tuhan.
Untuk mu teman,
Bersama seiring sejalan,
Mengubat luka ku yang dalam
Menyuluh malam ku yang hilang
Memayungi ubun ku yang kelam,
Untuk ku bertemu pada Tuhan..
Langgan:
Catatan (Atom)