Jumaat, Jun 17, 2011

ILUSI SEMULUS CINTA


Angin,jika kau berhembus lembut melaluinya..

Katakan padanya,aku teman dia selamanya..

Air, jika kau mengalir di sisinya..

Beritahulah padanya,aku mohon maaf atas segalanya..

Burung,jika kau terbang melintasinya..

Sampaikan kata ku ini kepadanya..

“ Kita di pertemukan atas keagungan takdir Allah..

Kita bersama atas kasih persaudaraan..

Kita di pisahkan kerana batas waktu seharian..

Namun kasih kita subur berpanjangan..

Malah diri mu tidak pernah ku tinggalkan..

Meski kita jarang bersama,

Tapi doa yang aku panjatkan untuk mu sentiasa terangkai dalam satu jambangan,,

Malah harumnya tersebar istimewa buat seorang insan..

Semoga diri mu mekar dalam bimbingan cinta Allah...



Berulang kali Liya membaca bingkisan kata-kata ini. Sungguh puitis dan menusuk ke dalam kalbu. “ Liya, terima kasih kerana awak telah hadir dalam hidup saya..”, terngiang-ngiang di telinga kata-kata Ilham padanya.. Malam itu, mereka bersembang panjang menerusi talipon. Liya dapat merasakan kebahagiaan yang teramat sangat. Sesungguhnya Ilham telah berjaya mengetuk pintu hatinya yang dah lama tertutup. Malam itu juga telah menyaksikan pertemuan dua hati yang tak pernah bersua muka. Anehkan..?..Inilah penangan cinta siber..



Aliya benar-benar pasrah. Baginya biarlah Allah yang menentukan segalanya. Begitu juga dengan Ilham. Tiada apa yang pasti lagi kini sekadar memohon pada ilahi, agar perasaan ini tidak menenggelamkan cintanya pada Robbul Izati. Jika selama ini Ilham tidak mengambil kira soal cinta sesama insan, namun terlalu berat untuknya membuat sebarang kenyataan. Dia bimbang, cinta akan melekakan. Cinta juga boleh merosakkan taqribullah yang selama ini dia pelihara.. Tapi, dengan kehadiran Aliya bagai melengkapkan keceriaan dalam hidupnya. Ilham tidak berani untuk memberi sebarang harapan. Dia juga tidak mahu Liya menaruh harapan yang tinggi padanya. Dia terkesima sendirian. Apalah dayanya kini. Masih terlalu jauh lagi perjalanannya. Kewajipannya sebagai seorang mahasiswa, tambah lagi tanggungjawab pada keluarga membuat hatinya berbelah bagi..



Aliya merenung jauh ke hadapan..Dia sedar, terlalu banyak jurang antara mereka. Status janda beranak satu begitu menjarakkan dia dan Ilham. Malah, jarak usia mereka juga jauh berbeza. Aliya sedar..mungkin Ilham malu bertemankan dia yang empat tahun tua darinya. Tanpa di sedari air matanya mengalir deras dari tubir mata bundarnya. Tapi, salahkah dia menyayangi Ilham? . Sedangkan baginda Rasulullah saw sendiri beristerikan Khadijah yang usianya ketara jauh dari baginda. Namun, Aliya pasrah....Biarlah, hanya Tuhan yang menentukan ini. Aliya menarik nafas panjang...” Ya Allah aku tak dapat .nak buat apa, aku tawakal.”. bisik hati kecilnya.” Kalaulah kau tahu..Ilham apa yang ada di hati ini...Allahuakbar...”,sambil menghela nafas panjang dia membalas sms Ilham.. Bertemankan air mata Liya cuba luahkan isi hatinya pada Ilham.....

Ya Allah,

Jadikan dia mata ku.

Agar aku sentiasa melihat Mu

Dalam tiap langkah ku

Ya Allah,

Jika dia khalifah ku

Jadikanlah dia telinga ku

Agar aku bisa mendengar Mu.

Dalam tiap tingkah ku

Ya Allah,

Jika dia yang akan mengucup ubun ku

Jadikanlah dia bibir ku.

Agar dapat aku mengucap kalimah Mu

Hingga akhir nafas ku.

Ya Allah,

Jika dia yang akan menemani ku

Jadikanlah dia tangan ku

Agar tak lekang mohon keampunan Mu

Tiap saat detik ku..

Ya Allah,

Jika dia teman hidup ku

Jadikanlah dia kaki ku

Agar tak pernah lalai menyusuri lorong Mu

Bersama hingga ke syurga Mu

Ilahi Robbi,

Berikan dia kekuatan, ketabahan dan kesabaran

Dalam perjuangan di jalan Mu

Tambahkan imannya, selimuti dengan Nur Sakinah Mu

Pancarkan Nur Hidayah Mu di wajahnya

Agar dapat ku tatap Mu tiap detik ku

Kerana cinta ku hanya pada Mu

Sayang ku,

Jika hadir cinta ku pada mu

Ingatlah, ia hanya bagai bayu cuma

Yang menyejukkan, tapi akan hilang akhirnya..

Kasih ku,

Meski kau ku cinta,

Tapi kau ibarat dedaun yang akan gugur akhirnya..

Cinta ku,

Walau sedalam mana ia bermukim

Tapi tak sedalam cinta ku padaNya

Jadilah dikau pelengkap hidup ku

Agar usia tidak sesia

Bersama kita mencari redhaNya

Agar kekal dalam rahmatNya

Sayang

Lenakan aku dalam dakapan cintaNya

Selimuti tubuh ku dalam kehangatan kasihNya

Binakan untuk ku mahligai kasihNya

Hiasilah kamar ku dengan cahaya iman

Belailah aku dengan keampuhan dan hidayah dari Tuhan.....



Aliya meninggalkan kisah hatinya dengan seribu doa. Ilham telah berkata padanya..” jika awak merindui saya, munajatlah padaNya. Kuatkanlah hati awak..”. Liya faham. Semulus hatinya di panar kerinduan. Apakan daya Liya.. Semakin kuat ingatan pada Ilham menerjah kotak fikirnya, maka semakin itu jua Liya mendekatkan diri pada yang Maha Esa. “ Ya Allah, biarlah air mata ini jatuh bukan kerana makhluk..Aku sedar ya Allah...Aku takut bila nanti aku berhadapan dengan Mu tanpa cinta Mu..Apakah akan ku jawab jika aku masih di ulit cinta dunia..Aku tak mampu ya Allah..Janganlah aku di hina, hanya kerana kesalahan ini.. Ampunkan dosa-dosa ku ya Allah.....”. Tak tertanggung rasanya memikul beban yang baru..



“ Awak, kita terpaksa berpisah sekejap, sebab saya akan mengikuti kem jatidiri seminggu..Awak maklumkan...kami tak boleh membawa talipon bimbit dalam tempoh tu...”.. Aliya menerima berita itu dengan linangan air mata. Dia terpaksa akur. “ Janganlah menangis...macamana saya nak pergi kalau awak menangis begini...”,jelas Ilham ketika dia mahu berangkat. “ Awak mesti kuat...” pinta Ilham. “ baiklah.. saya harap awak hati-hati ya..” balas Liya. Perbualan talipon terpaksa terhenti di situ. Aliya menangis. Mungkin inilah yang di katakan sayang...Aliya sendiri tak tahu apakah Ilham juga merasa apa yang dia rasa..Atau hanya dia saja yang berperasaan begitu..



Pagi itu..hening seribu bahasa. Setelah menyiapkan anak tunggalnya Haiqal untuk ke Taska Anak Soleh, Aliya lantas ke dapur . Kedengaran bunyi hon van di depan rumah. “Sayang, tu abang Syafiq dah datang...”, sambil mengucup dahi Haiqal Liya mendokongnya, lalu menghantar masuk ke perut van. “ Assalamualaikum kak Liya..” sapa Syafiq. Aliya memandang Syafiq ..” Waalaikumussalam....hati-hati ya..” jawab Aliya lembut. Sambil melambai anaknya Aliya menutup pintu pagar dengan perlahan- lahan. “ Kesian Haiqal..mama akan berkorban apa saja untuk Haiqal. Biarlah mama begini asal Haiqal gembira bersama mama..”,menitik butir- butir jernih dari kelopak matanya. Aliya melabuhkan punggung ke sofa berwarna hitam itu. Di ambilnya buku Penenang Jiwa karangan Imam Al Ghazali untuk menyambung kembali bacaan yang terhenti semalam. Aliya termenung seketika ...matanya terpaku pada sepotong hadith sahih daripada Rasulullah saw di muka surat 79 yang bermaksud;

“ Ibarat sesama mukmin dalam kasih sayang, cinta, hubungan mereka itu bagai satu jasad. Bila sebahagian sakit , seluruh badan turut berduka dengan panas dan berjaga.”....Aliya merenung jauh... “ Ya Allah, andainya dia tahu..adakah dia dapat merasakannya..?. Perlukah aku memberitahu dia sebenarnya..?. Ahhhh.....,nantilah belum masanya lagi. Biarlah hanya Kau saja yang tau...Aku tak kan menyusahkan dia. Aku sendiri tak tau apa dalam hatinya sekarang..dari kata-katanya dapat ku rasa dia bukan lagi Ilham ku.”. Tak sedar, air mata berguguran di pipinya..



Tiap detik berlalu Aliya merasakan dirinya semakin lemah. Namun di gagahinya juga demi anak kesayangannya Haiqal. Apa pun alasan mahu pun keadaan, Aliya tetap menunaikan tanggunjawabnya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Sri Cempaka. Di dalam kelas dia memandang anak didiknya dengan penuh belas ikhsan. Dia benar-benar menyayangi mereka seperti anaknya sendiri. Murid-murid tahun enam begitu rapat dengannya. Dialah tempat bagi mereka mengadu. “ Okay...dengar sini semua..saya harap kamu semua tak kan hampakan saya dalam peperiksaan UPSR nanti..Saya sayang kamu semua. Ingatlah, kesiankanlah mak dan ayah kamu yang telah banyak berkorban pada kamu selama ni.. Buktikanlah kasih sayang kamu pada mereka dengan menghadiahkan kecemerlangan dalam UPSR nanti. Tunaikan impian saya..saya nak lihat kejayaan kamu. Saya akan tenang dan bahagia bila dapat lihat kamu berjaya..Kamu adalah anak-anak yang baik dan berakhlak mulia. Saya benar-benar bangga kerana memiliki kasih sayang dari kamu..Saya akan sentiasa mendoakan kamu semua. Moga Allah jadikan kamu anak-anak yang soleh, berjaya dunia akhirat dan berbaktilah pada mak, ayah dan agama. Sesungguhnya kamulah pewaris kami yang akan memimpin umat ke jalan yang di redhai.. Anak-anak yang saya kasihi sekalian, ingatlah walau kamu berada di puncak mana sekali pun..kita hanyalah seorang hamba Allah. Sentiasalah meletakkan Allah dan Rasulnya di hadapan..”..sebak rasanya dada Aliya..air matanya gugur lagi. Anak-anak muridnya juga turut bersedih. Seorang demi seorang datang kepadanya sambil memeluk erat tubuhnya. Di usapnya kepala mereka. “ Ya Allah Kau lindungilah mereka ini dari kesesatan dan tipu daya dunia..”...



Masa berlalu begitu pantas sekali.. Hubungan Aliya dan Ilham bagai tidak bertepi. Namun di hati hanya Tuhan yang tau. Ilham juga dah beberapa kali menalipon Haiqal.. Anak kecil yang tak tau apa-apa itu dapat merasakan kasih sayang pada Ilham. Begitu juga dengan Ilham yang sering bertanya khabar dan menjanjikan akan membawa Haiqal berjalan-jalan. Suatu hari, Haiqal menjeruk di sudut rumah..” Kenapa ni manja mama...adik ada masalah ke..” Tanya Aliya pada anaknya. Haiqal menggelengkan kepalanya. Sambil mendongak ke arah Aliya..” adik rindu ayah.. Dia cakap nak bawa mama dengan adik jalan-jalan, nak makan kat KFC.. mana ni.. Ayah tak datang- datang pun..”jawab Haiqal. Di lihatnya ada manic-manik jernih di tubir mata Haiqal.. “ Ayah mana ni dik..” soal Aliya. “ Tu...ayah yang selalu talipon adik..” jawab Haiqal lagi. “Ohhhh, kan dia tak bagi adik panggil dia ayah..dia suruh adik panggil dia abang je..kenapa adik masih nak panggil dia ayah...Dik, dia bukan ayah adik tau..Kan mama dah cerita siapa ayah adik.” Aliya jelaskan dengan sebak di dada. “ Ye, adik taulah mama..tapi Allah tak marahkan..tak dosakan mama. Kata ustazah adik kita kena hormat pada orang yang lebih tua. Adik sayang ayah..adik tak kisah dia sapa..”jawab Haiqal .” Yelah, tapi kalau kita jumpa dia, adik jangan panggil dia ayah tau. Mama malu..lagi pun tak baik. Lainlah kalau dia yang suruh..jangan ye dik.” Haiqal menganggukkan kepalanya. Kesian Haiqal...dia menambakan kasih sayang seorang ayah. “ Allahuakbar, aku tak mampu ya Allah..aku dah tutup pintu ni untuk menagih kasih orang. Cukuplah penderitaan yang ku tanggung selama ni ya Allah..” bisik hati kecilnya..



Setiap hari Aliya dan Ilham bersembang di laman sosial facebook..laman yang telah menemukan mereka.. Dengan izin Allah jua dari laman itu telah membenihkan perasaan sayang di antara mereka. Hanya Tuhan yang tau.. dan Aliya terpaksa menerima hakikat kini Ilham mahu kasih mereka hanya sebagai saudara. Hanya mereka dan Tuhan yang tau apa sebabnya. Dia terus memandang segala kelemahan dan kekurangan yang ada padanya. Memang pantas Ilham membuat keputusan itu..” Aku tak layak sama sekali..di jauh lebih muda dari ku. Dia seorang ilmuan yang jauh lebih tinggi, bagi ku dia persis seorang da’ie yang hebat. Orang seperti dia tak akan pandang insan yang hina seperti aku. Dia pasti akan mencari wanita soleha yang selayaknya dengan dia.. Siapalah aku..hanya seorang wanita biasa yang tak punya apa dan tambah lagi masa ku hampir tiba.. “ Ya Allah, telah ku tutup pintu hati ini kembali kerana Mu. Janganlah Kau hadirkan lagi lelaki dalam hidup ku.. Biarlah Ilham yang pertama dan terakhir bagi ku. Meski pun hatinya dah berubah tapi aku tau segalanya ini jua adalah perancangan Mu..Kau lebih tau apa yang terbaik bagi hamba Mu.. Aku redha ya Allah. Kini, cinta, kasih dan sayang ku hanya pada Mu. Betapa aku rindukan Ilham, aku rindu saat-saat indah bersamanya..tapi aku bersyukur pada Mu .kerana melalui kasihnya aku bahagia. Assebab dia juga aku terlalu dekat dengan Mu. Dia banyak mengajar ku hakikat cinta yang sebenarnya. Aku bersyukur pada Mu kerana dia masih menyayangi ku dan akan tetap bersama ku..Ya Allah sempatkanlah untuk ku menikmati kebahagiaan bersamanya.”..



Semakin Aliya terkenang detik-detik indah bersama Ilham dulu, dia menangis semahunya. “ Ampunkanlah dosa-dosa kami ya Allah. Cinta kami melebihi cinta pada Mu. Aku tak sanggup kehilangan dia, tapi aku lebih tak sanggup kehilangan cinta Mu.. Aku takut kelalaian menjengah kasih kami ya Allah. Aku ingin menikmati kehebatan cinta Mu ya Allah...kerana cinta Mu tak pernah mati..cinta Mu kekal abadi..Kau yang tak pernah berubah.. tapi manusia boleh berubah-ubah.. Alangkah kejamnya manusia kerana selalu mempersendakan erti kasih sayang itu ya Allah. Sedang Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Ya Allah, lindungilah Ilham, sesungguhnya dia insan yang amat aku sayangi. Dia hamba Mu yang terbaik. Binakanlah untuknya kehidupan yang sentiasa berjuang di jalan Mu. Redhakanlah segala perbuatannya, kurniakanlah taufik dan hidayah Mu agar dia tidak sesat di jalan Mu. Aku sedia berkorban apa saja demi kebahagiaan dia ya Allah.” Antara doa Aliya tiap kali lepas solat. “ Mungkin ini yang mampu saya bagi pada awak..Ilham. Awak tak kan mengerti hati saya. Inilah doa dan harapan saya pada awak sekarang..Saat indah kita telah hilang begitu saja tapi kasih kita tetap subur berpanjangan..kerana Allah semata-mata..Alhamdulillah..”



Sesungguhnya Aliya begitu mengharapkan sebuah pertemuan dengan Ilham. Dia ingin bersama dengan orang yang sangat dia sayangi buat kali pertama dan mungkin kali terakhir. Dia telah redha seredhanya akan ketentuan Allah padanya. Banyak hikmahnya dari perhubungan ini. Jika dulu perkahwinannya bersama insane pilihan arwah ibu hanya bertahan selama hampir dua tahun saja. Dia banyak melalui masa-masa yang suram bersama Adli seorang lelaki yang panas baran, pemabuk dan kaki perempuan. Apalah dayanya sering di pukul dan di hina semahunya oleh Adli. Pernah sekali Adli menarik niqobnya di hadapan kawan-kawan dalam satu jamuan di rumah kawan sepejabatnya.. Adli mempersendakannya di hadapan orang ramai..ternyata pakaiannya membuat Adli rasa terhina. Di rumah Adli bertindak kasar..setiap malam minggu,dia akan berpesta dengan kawan-kawan sepejabatnya di kelab malam.. Sikap Adli semakin menjadi-jadi selepas kelahiran Haiqal. Dia lansung tak balik ke rumah lagi.. Aliya dapat berita menyatakan Adli telah berkahwin lain di Selatan Thailand. Aliya redha semua itu..Biarlah Adli dapat kebahagiaan yang di impikannya. Aliya sedar dia tidak layak menjadi isteri yang baik pada Adli. Selang beberapa bulan Adli telah memfailkan penceraian padanya.. Alhamdulillah , inilah ketentuan hidup Aliya..Apa pun dia tak kesal, dan berazam akan membesarkan Haiqal dengan penuh kasih sayang dan mendidiknya menjadi hamba Allah yang sejati.



Ketika Ilham sedang bergelumang dengan peperiksaan tahun akhirnya, Aliya pula sedang bertarung nyawa di Hospital Sultanah Aminah. Alangkah peritnya derita seorang wanita. Deritanya yang tak berkesudahan. Impiannya tak kesampaian. Hanya air mata menjadi teman. Aliya mengenang apakah nasib anaknya Haiqal setelah ketiadaannya nanti..Siapalah yang akan sudi menjaganya ...” Ya Allah, aku serahkan anak ku dalam jagaan Mu..aku tawakal ya Allah..Dia masih kecil lagi..dan masih perlukan aku..tapi apakan daya ku, kerana ajal ku telah tiba. Kau akan menjemput ku.. Aku rindu pada Mu ya Allah. Berilah kasih sayang Mu pada anak ku. Hadirkanlah insan yang akan menjaganya dengan bimbingan cinta Mu. Insan yang menyayanginya lebih dari aku menyayangi anak ku. Ya Allah..aku telah sedia kembali ke pangkuan Mu walau tanpa kehadiran Ilham di sisi. Terimalah aku dengan kasih sayang Mu.. Lama kelamaan pandangan Aliya kabur dan buram...Pendengarannya semakin hilang,,hanya kalimah Lailahaillallah,Muhammadurrasulullah...yang tak lekang dari bibirnya....Akhirnya nafasnya terhenti, bibirnya tidak bergerak lagi..mata bundarnya tertutup rapat..hanya kelihatan air mata yang mengalir... Aliya telah pergi untuk selamanya..pergi kepada Robbnya.. Pergi dengan membawa seribu impian dan penderitaan...Tamatlah riwayat semulus kasih Aliya yang tak kesampaian...



Ilham bergegas datang.. alangkah kesal di hatinya. Dia tidak sempat bertemu Aliya.. Dia tak sempat untuk melafazkan sayangnya pada Aliya. Dia merasa teramat terkilan..”Ya Allah, mengapakah aku begitu tegah melakukan ini pada orang yang menyayangi ku. Mengapakah aku sanggup menghalang pertemuan kami..Ampunilah aku ya Allah...”.. Setelah pengkebumian Aliya berakhir, Ilham menemui Haiqal yang ternyata kebingungan. “ Haiqal...pak cik minta maaf kerana tak tunaikan janji..”. Ilham memeluk erat Haiqal. Anak itu terdiam tanpa sebarang kata. Tapi Ilham tahu betapa kesedihan yang teramat sangat telah bersarang di hati Haiqal. Kini, tinggal Ilham dan haiqal di pusara Aliya. “ Awak..saya menyesal kerana melengahkan masa untuk bertemu awak..Saya sayangkan awak..Kenapa awak tinggalkan saya begitu cepat..? Kenapa awak rahsiakan pada saya sakit awak.. Saya sayangkan awak. Kini saya telah kehilangan awak. Liya....damailah awak di sana dengan kasih Allah. Meski awak telah pergi...tapi kasih saya pada awak tetap bersemadi dalam hati selamanya..Insyaallah kita akan bersama di sana. Maafkan segala dosa-dosa saya pada awak, Liya..maafkan saya..” Ilham menangis , hatinya begitu sayu dan berbungkal menahan kesedihan yang teramat sangat...




Nur IB
JOHOR BAHRU.

Isnin, April 25, 2011

Aku Anak Melayu..

54 tahun sudah berlalu..
Tanah Melayu bertukar nama..
Malaysia negara tercinta.
Warisan anak merdeka
Di medan indah.
Perjuangan belum selesai
Walau penuh hutan batu
Mencakar langit
Walau jenuh menghitung kereta
Tanda sudah berjaya
Institusi pendidikan melata
Prasarana keliling negeri
Perbankan menjana rezeki
Tak payah cari..
Aku bangga kini
Bangsa ku mewah tak terhitung jari
Seantero dunia negara ku berdiri
Gemilang sendiri..
Tapi miskin bahasa..
Malu tak bertempat
Bahasa melarat.
Bahasa ku indah menawan
Siapa dengar pasti tertawan
Tapi bisa hancur di genggaman
Mengapa budiman..
Cacatkah bahasa kita..?
Sedang orang luar pelajarinya..
Mengapa kita menjahanamkannya..?
Bangunlah bangsa ku..
Kibarkan Bahasa Melayu
Daulatkan kegemilangannya
Martabatkan darjatnya..
Untuk apa jadi Melayu..
Sedang kita menjamu keju..
Malu makan ubi kayu..
Insaflah aduhai bangsa ku..
Aku bangga kerana aku anak Melayu...

Jumaat, Mac 18, 2011

ENTAH BILA.....

Entah bila agaknya..
Ada tenang di tasik hati,
Ada senyum di taman rindu..
Ada budi di batas waktu..
Kan melimpah ruah kasih suci,
Yang tak pernah kering dalam memori..

Andai ada waktu ku lagi,
Benarkan aku berteduh di pohon cinta Mu.
Ingin ku bersandar sambil memintal akal budi
Yang pasti tak kan mati ..
Ingin ku petik dedaun malu,
Untuk menjadi hamparan tidur ku..
Moga mimpi menjadi realiti..

Khamis, Mac 17, 2011

Ladang Budi Bersendi Nama...

Assalamualaikum...

Remaja sekalian, di dalam diri kita terdapatnya sekeping hati yang umumnya di ibaratkan sebagai raja seluruh jasad itu.. Andai baik hati itu maka akan baiklah keseluruhannya. Peribahasa ada menyatakan  "rambut sama hitam,tetapi hati lain-lain '. Walau bagaimana pun demikian, hati yang bersih dan baik dapat di lihat antaranya menerusi sikap,cara berkomunikasi,penampilan dan amalannya.

Sebagai insan yang sering leka dan alpa, kita tidak boleh lari dari membuat sebarang kesilapan. Justeru itu,seseorang yang baik budinya akan sentiasa memelihara dirinya dari menyakiti hati orang lain. Sikap suka bertolak ansur sesama insan menyuburkan kematangan dan dapat membentuk sahsiah diri seseorang itu. Umumnya,segala sifat-sifat yang baik seperti ikhlas dalam membuat sesuatu tanpa meminta balasan, sentiasa memandang positif akan apa saja yang berlaku, suka menghargai seseorang baik kebolehannya mahu pun kekurangannya dan gemar menyokong dan memberi semangat pada rakan..

Hidup tidaklah selalunya indah. Pemangkin  keluhuran jiwa insan adalah sentiasa bermuhasabah diri. Orang yang sentiasa memandang akan kelemahannya sendiri dapat melahirkan perasaan ingin memperbaiki diri hanya semata-mata kerana Allah swt.,dan bukan kerana untuk mencari populariti. Jiwa yang tenang dapat di lihat pada wajahnya..Wajah juga mencerminkan keperibadian seseorang. Senyuman ikhlas sering di ukir di bibir tanda kemesraan. Salam di sebar tanda kasih kita terhadap insan.

Tutur bahasa memainkan peranan dalam sistem komunikasi. Insan yang mempunyai keperibadian tinggi amat memandang berat akan hal ini. Bahasa yang baik dan sopan ibarat pakaian diri. Kita akan melihat cara dia bercakap mahu pun penggunaan bahasanya . Orang yang berbudi pekerti akan berhati-hati bila berkata-kata dan tidak suka becakap sesuatu yang tidak penting atau yang tiada kaitan dengan topik perbualan. Mereka sentiasa menghargai pendapat orang lain dan tidak suka mempertikaikan sesuatu yang akan menambahkan kekeruhan dalam komunikasi..

Remaja yang di kasehi,insan yang hebat akan sentiasa menjaga keperibadiannya. Kebersihan merupakan asas keimanan. Oleh itu,kita dapat melihat keterampilannya menerusi cara dia berpakaian dan menguruskan persekitarannya. Masa amatlah penting, setiap saat yang berlalu adalah berharga. Insan cemerlang bijak mentadbir masanya agar tidak sia-sia.

Kejernihan hati seseorang insan jelas tergambar pada wajahnya. Kita akan merasa sangat selesa dan tenang bila bersama mereka. Mereka sentiasa mencintai agama dan mencari ilmu yang bermanfaat. Kehidupan mereka sangat indah dan bahagia bila berbuat amal kebajikan. Mereka inilah orang-orang yang sentiasa mencari keredhaan ilahi..

Moga kita akan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertqwa dan bermal soleh.

Khamis, Mac 10, 2011

assalamualaikum..

Alhamdulillah,berkat izinnya jua..saya kembali lagi menulis..Sesungguhnya terlalu banyak rintangan yang memaksa..
Apabila kita di landa masalah,barang tentulah kita akan berada dalam situasi yang sangat sedih.. Di kala itu tiada siapa yang dapat menolong kita..tetapi Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Kita masih bersyukur kerana segala ujianNya ini adalah sementara. Maka sentiasalah bermunajat denganNya..Hanya kepadaNya kita letakkan segalanya...Sementelah itu kita berusalah untuk mencari punca masalah tersebut. Tak ada penyakit yang tiada ubatnya,dan tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya..
Insyaallah kita akan berjaya mengatasinya...

Tika Menanti

Penantian,
adalah ruang sepi..
kekadang sempit..
pedih..
perit.
kekadang tika rindu terhukum..
datang dan pergi..
tanpa rela terpaksa
ruang itu tambah derita..
siksa..
hampa..
tiada lagi tawa,
hanya air mata..
yang menghimpit kota sukma..
kekadang permata akal leka..
hilang pedoman..
gelap seketika..
Penantian,
adalah milik yang merana
lemah
tak berdaya..
kekadang bimbang mengundang..
putus harapan.
.Tika menanti..
hujan sepi silih berganti..
berenang di laut hiba,,
Penantian,
lambang setia,
ada kamar bahagia
walau lemas membara
Tika ombak derita mengganas
pantai di hempas malas
atau culas
kerana tak semua yang menanti..
ada penghujungnya..

Kamilah Ibrahim
Kota Tinggi.

Sabtu, Ogos 21, 2010

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..begitu pantas masa berlalu..kini kita sedang berada di dalam bulan ramadhan  yang mulia. Semoga di bulan ini kita dapat memanfaatkan seluruh masa dengan sebaik mungkin,kerana bulan ini penuh dengan keberkatan.

Bersahur dan berbuka bersama keluarga banyak kebaikannya,inilah masa kita berkumpul dan merapatkan kemesraan antara ahli keluarga.Kebanyakan masyarakat kita mengambil peluang untuk bertukar-tukar juadah berbuka sesama jiran tetangga.Inilah yang di katakan keunikan dan kemanisan di bulan ini yang tidak terdapat di bulan-bulan lain.

Sementara itu juga,bersolat berjemaah di surau mahu pun di mesjid,sudah menjadi tradisi utama di bulan ini.Kita dapat lihat suasana 'hidup'nya rumah-rumah Allah ini apabila berbondong-bondong para kariah datang untuk menunaikan solat terawikh..Semangat cintakan agama sangat terserlah bila kita lihat ramai yang memperuntukkan masa malamnya dengan beribadat dan membaca Al-Quran.

Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan.Marilah kita mengisinya dengan rasa yang penuh dengan keinsafan,kerana tahun hadapan belum tentu lagi kita dapat menemuinya..Salam kesyukuran dan marhaban ya ramadhan..

Selasa, Jun 01, 2010

Bila kita mula berbicara..
hiasilah tutur lenggoknya
junjung hikmah dari ubunnya
terus kunyah dalam riwayatnya..
Bila kita mula berbicara..
bibir jangan jadi angkara
simbah racun hilang pahala
merah menyala api membara..
Bila kita mula berbicara..
mata telinga jadi saksinya
jangan di tabur cahaya nesta
tunduklah dengan bahasa jiwa
Bila kita mula berbicara..
pelita hati sama menyinari
mengirim khabar di langit masa
kembara kita tiada noktahnya
Bila kita mula berbicara..
mutiara mengalir ke dasar hiba
bila jejak mengusir dosa
kalam junjungan jadi budaya
Bila kita mula berbicara..
kotakan dulu senandung azabnya
dalam watikah nur rahmatNya
alam barzakh nyata nikmatnya
Bila kita mula berbicara..
biarlah dengan cinta luhurnya
mencicip madu setanggi takdir
seteguk iman menanti akhir.

Ummi Adam