Khamis, Mac 17, 2011

Ladang Budi Bersendi Nama...

Assalamualaikum...

Remaja sekalian, di dalam diri kita terdapatnya sekeping hati yang umumnya di ibaratkan sebagai raja seluruh jasad itu.. Andai baik hati itu maka akan baiklah keseluruhannya. Peribahasa ada menyatakan  "rambut sama hitam,tetapi hati lain-lain '. Walau bagaimana pun demikian, hati yang bersih dan baik dapat di lihat antaranya menerusi sikap,cara berkomunikasi,penampilan dan amalannya.

Sebagai insan yang sering leka dan alpa, kita tidak boleh lari dari membuat sebarang kesilapan. Justeru itu,seseorang yang baik budinya akan sentiasa memelihara dirinya dari menyakiti hati orang lain. Sikap suka bertolak ansur sesama insan menyuburkan kematangan dan dapat membentuk sahsiah diri seseorang itu. Umumnya,segala sifat-sifat yang baik seperti ikhlas dalam membuat sesuatu tanpa meminta balasan, sentiasa memandang positif akan apa saja yang berlaku, suka menghargai seseorang baik kebolehannya mahu pun kekurangannya dan gemar menyokong dan memberi semangat pada rakan..

Hidup tidaklah selalunya indah. Pemangkin  keluhuran jiwa insan adalah sentiasa bermuhasabah diri. Orang yang sentiasa memandang akan kelemahannya sendiri dapat melahirkan perasaan ingin memperbaiki diri hanya semata-mata kerana Allah swt.,dan bukan kerana untuk mencari populariti. Jiwa yang tenang dapat di lihat pada wajahnya..Wajah juga mencerminkan keperibadian seseorang. Senyuman ikhlas sering di ukir di bibir tanda kemesraan. Salam di sebar tanda kasih kita terhadap insan.

Tutur bahasa memainkan peranan dalam sistem komunikasi. Insan yang mempunyai keperibadian tinggi amat memandang berat akan hal ini. Bahasa yang baik dan sopan ibarat pakaian diri. Kita akan melihat cara dia bercakap mahu pun penggunaan bahasanya . Orang yang berbudi pekerti akan berhati-hati bila berkata-kata dan tidak suka becakap sesuatu yang tidak penting atau yang tiada kaitan dengan topik perbualan. Mereka sentiasa menghargai pendapat orang lain dan tidak suka mempertikaikan sesuatu yang akan menambahkan kekeruhan dalam komunikasi..

Remaja yang di kasehi,insan yang hebat akan sentiasa menjaga keperibadiannya. Kebersihan merupakan asas keimanan. Oleh itu,kita dapat melihat keterampilannya menerusi cara dia berpakaian dan menguruskan persekitarannya. Masa amatlah penting, setiap saat yang berlalu adalah berharga. Insan cemerlang bijak mentadbir masanya agar tidak sia-sia.

Kejernihan hati seseorang insan jelas tergambar pada wajahnya. Kita akan merasa sangat selesa dan tenang bila bersama mereka. Mereka sentiasa mencintai agama dan mencari ilmu yang bermanfaat. Kehidupan mereka sangat indah dan bahagia bila berbuat amal kebajikan. Mereka inilah orang-orang yang sentiasa mencari keredhaan ilahi..

Moga kita akan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertqwa dan bermal soleh.

Tiada ulasan: