Assalamualaikum, semoga anda berada di dalam keberkatan ilahi hendaknya.Saya masih mencari jawapan mengapakah kita terlalu mengagungkan bahasa asing daripada bahasa kita sendiri. Terfikirkah anda bahawa kehidupan kita sentiasa berubah dan tidak statik semata-mata.Dari dalam kandungan ibu,kita di lahirkan..kemudian di besarkan sehingga kini.Tetapi, bahasa ibunda tetap ampuh dengan segala keindahan dan kesenian yang mungkin tidak berubah walau untuk seribu tahun lamanya.
Pengalaman terindah saya menghadiri Seminar Pengarang Dan Kepengarangan Johor yang di anjurkan oleh DBP Wilayah Selatan dan Persatuan Penulis Johor pada 31.1.2010 bertempat di Kota Tinggi yang lalu,banyak menyuntik semangat cintakan bahasa kita. Saya begitu teruja sekali, kerana di sinilah kemanisan untuk saya menzahirkan keindahan bahasa melalui penulisan.Sesungguhnya bahasa kita amat indah dan kaya.Di sinilah juga kita mengenal erti akal dan budi.
Bahasa ibarat pakaian, andai menutup aurat,bersih,selesa dan cantik maka begitulah dengan bahasa kita. Apalah guna baju melayu, kebaya dan kurung andai di pakai hanya di hari raya dan majlis tertentu sahaja. Bahasa kita tiada cacat celanya,malah ia juga merupakan alat penyebar ilmu,penjana perpaduan dan ia berada di dalam setiap kehidupan.
Sayangnya,kita masih ketandusan cinta pada bahasa kita sendiri. Di sekolah-sekolah, ramai pelajar tidak begitu berminat dan mengambil kira soal berbahasa,apatah lagi di bidang sastera.Sastera telah di anggap sebagai tidak penting dan ketinggalan.Sementelah kini tiada lagi mata pelajaran sastera di sekolah-sekolah menengah maka bertambahlah lagi kemurungan dalam dunia sastera.Justeru itu, pihak sekolah sepatutnya mengadakan transformasi minda di kalangan pelajar agar menghargai nilai bahasa kita berbanding dengan bahasa lain.Untuk melahirkan modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia wajarlah di buka ruang mencintai dunia sastera dalam mata pelajaran sains.Kita boleh mengadakan kembali pertandingan puisi sains,menulis cerpen dalam bentuk fiksyen sains atau persembahan teater sains.Sebenarnya, semuanya masih dapat kita bendung agar bahasa kita sentiasa terpelihara dan membara di hati.Bak kata pujangga,'tepuklah dada tanya selera'
Sebagai pencinta bahasa,saya sangat memandang berat akan hal ini terutama masalah kepincangan bahasa di kalangan para pengguna.Sebagai penulis blog,kita juga memainkan peranan yang penting untuk menyalurkan maklumat secara terus tanpa sekatan.Oleh itu, gunalah bahasa dengan betul dan baik kerana keburukkan dan kehancuran berbahasa terletak di hujung jari kita.Ingatlah,' bahasa adalah jiwa bangsa',maka ia tidak boleh di ukur atau di kira.Tingginya budi bahasa melambangkan keperibadian kita.Sebagai bangsa yang telah di didik dengan penuh adab sopan dalam pertuturan,perlakuan mahu pun penulisan maka berbanggalah kita untuk bersama mendaulatkan bahasa demi keutuhan dan kelangsungan bangsa.
Semoga kita sentiasa dapat ingat mengingati antara kita kerana tanpa bahasa lidah kelu untuk berkata-kata.Tanpa bahasa kita akan sepi sendiri,tidak memiliki visa untuk berkomunikasi Jagalah adab bila berbahasa,bagai menjaga hati dan diri.Jangan sesekali mempersendakannya',kerana nila setitik maka rosaklah susu sebelanga'.
Salam Ukhuwah dari;
Ummi Adam
Taman Daiman Jaya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan