Jumaat, Mac 18, 2011

ENTAH BILA.....

Entah bila agaknya..
Ada tenang di tasik hati,
Ada senyum di taman rindu..
Ada budi di batas waktu..
Kan melimpah ruah kasih suci,
Yang tak pernah kering dalam memori..

Andai ada waktu ku lagi,
Benarkan aku berteduh di pohon cinta Mu.
Ingin ku bersandar sambil memintal akal budi
Yang pasti tak kan mati ..
Ingin ku petik dedaun malu,
Untuk menjadi hamparan tidur ku..
Moga mimpi menjadi realiti..

Khamis, Mac 17, 2011

Ladang Budi Bersendi Nama...

Assalamualaikum...

Remaja sekalian, di dalam diri kita terdapatnya sekeping hati yang umumnya di ibaratkan sebagai raja seluruh jasad itu.. Andai baik hati itu maka akan baiklah keseluruhannya. Peribahasa ada menyatakan  "rambut sama hitam,tetapi hati lain-lain '. Walau bagaimana pun demikian, hati yang bersih dan baik dapat di lihat antaranya menerusi sikap,cara berkomunikasi,penampilan dan amalannya.

Sebagai insan yang sering leka dan alpa, kita tidak boleh lari dari membuat sebarang kesilapan. Justeru itu,seseorang yang baik budinya akan sentiasa memelihara dirinya dari menyakiti hati orang lain. Sikap suka bertolak ansur sesama insan menyuburkan kematangan dan dapat membentuk sahsiah diri seseorang itu. Umumnya,segala sifat-sifat yang baik seperti ikhlas dalam membuat sesuatu tanpa meminta balasan, sentiasa memandang positif akan apa saja yang berlaku, suka menghargai seseorang baik kebolehannya mahu pun kekurangannya dan gemar menyokong dan memberi semangat pada rakan..

Hidup tidaklah selalunya indah. Pemangkin  keluhuran jiwa insan adalah sentiasa bermuhasabah diri. Orang yang sentiasa memandang akan kelemahannya sendiri dapat melahirkan perasaan ingin memperbaiki diri hanya semata-mata kerana Allah swt.,dan bukan kerana untuk mencari populariti. Jiwa yang tenang dapat di lihat pada wajahnya..Wajah juga mencerminkan keperibadian seseorang. Senyuman ikhlas sering di ukir di bibir tanda kemesraan. Salam di sebar tanda kasih kita terhadap insan.

Tutur bahasa memainkan peranan dalam sistem komunikasi. Insan yang mempunyai keperibadian tinggi amat memandang berat akan hal ini. Bahasa yang baik dan sopan ibarat pakaian diri. Kita akan melihat cara dia bercakap mahu pun penggunaan bahasanya . Orang yang berbudi pekerti akan berhati-hati bila berkata-kata dan tidak suka becakap sesuatu yang tidak penting atau yang tiada kaitan dengan topik perbualan. Mereka sentiasa menghargai pendapat orang lain dan tidak suka mempertikaikan sesuatu yang akan menambahkan kekeruhan dalam komunikasi..

Remaja yang di kasehi,insan yang hebat akan sentiasa menjaga keperibadiannya. Kebersihan merupakan asas keimanan. Oleh itu,kita dapat melihat keterampilannya menerusi cara dia berpakaian dan menguruskan persekitarannya. Masa amatlah penting, setiap saat yang berlalu adalah berharga. Insan cemerlang bijak mentadbir masanya agar tidak sia-sia.

Kejernihan hati seseorang insan jelas tergambar pada wajahnya. Kita akan merasa sangat selesa dan tenang bila bersama mereka. Mereka sentiasa mencintai agama dan mencari ilmu yang bermanfaat. Kehidupan mereka sangat indah dan bahagia bila berbuat amal kebajikan. Mereka inilah orang-orang yang sentiasa mencari keredhaan ilahi..

Moga kita akan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertqwa dan bermal soleh.

Khamis, Mac 10, 2011

assalamualaikum..

Alhamdulillah,berkat izinnya jua..saya kembali lagi menulis..Sesungguhnya terlalu banyak rintangan yang memaksa..
Apabila kita di landa masalah,barang tentulah kita akan berada dalam situasi yang sangat sedih.. Di kala itu tiada siapa yang dapat menolong kita..tetapi Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Kita masih bersyukur kerana segala ujianNya ini adalah sementara. Maka sentiasalah bermunajat denganNya..Hanya kepadaNya kita letakkan segalanya...Sementelah itu kita berusalah untuk mencari punca masalah tersebut. Tak ada penyakit yang tiada ubatnya,dan tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya..
Insyaallah kita akan berjaya mengatasinya...

Tika Menanti

Penantian,
adalah ruang sepi..
kekadang sempit..
pedih..
perit.
kekadang tika rindu terhukum..
datang dan pergi..
tanpa rela terpaksa
ruang itu tambah derita..
siksa..
hampa..
tiada lagi tawa,
hanya air mata..
yang menghimpit kota sukma..
kekadang permata akal leka..
hilang pedoman..
gelap seketika..
Penantian,
adalah milik yang merana
lemah
tak berdaya..
kekadang bimbang mengundang..
putus harapan.
.Tika menanti..
hujan sepi silih berganti..
berenang di laut hiba,,
Penantian,
lambang setia,
ada kamar bahagia
walau lemas membara
Tika ombak derita mengganas
pantai di hempas malas
atau culas
kerana tak semua yang menanti..
ada penghujungnya..

Kamilah Ibrahim
Kota Tinggi.