Alhamdulillah,'kembangnya bunga di halaman kenangan,kembangnya hati di laman penulisan'.Sesungguhnya saya menumpang bangga dan sangat teruja dengan kejayaan negara kita menganjurkan pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu(PABM) Piala Perdana Menteri 2010 yang bertempat di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Wajah-wajah manis 56 peserta daripada 51 buah negara dapat menggambarkan kekuatan dan keindahan Bahasa Melayu boleh di jadikan sebagai bahasa perantaraan seantero dunia.Memang benar kata-kata Laksamana Hang Tuah bahawa 'tidak melayu hilang di dunia'.Terfikir pula di benak saya,sedangkan insan yang di lahirkan bukan dari kelompok Melayu boleh berusaha mempelajari dan memartabatkan Bahasa Melayu dengan baik ,apatah lagi kita...
Jelaslah,bahawa Bahasa Melayu dapat menyatukan bangsa,tidak kira agama dan warna kulit.Mereka berkampung demi Bahasa Melayu tercinta.Semoga nasib Bahasa Melayu lebih harum dan terpelihara di masa hadapan.Janganlah malu untuk bertutur Bahasa Melayu walau di mana saja.Pupuklah semangat cintakan Bahasa Melayu bersama anak-anak di rumah.,kerana telah menjadi kelaziman kepada kebanyakan keluarga masakini mengguna pakai Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi di rumah.Justeru itu,di manakah letaknya kedudukan Bahasa Melayu di hati anak-anak sedangkan mereka telah di asuh dari kecil lagi dengan bukan bahasa ibundanya..
Harapan saya semoga kita bersama-sama bertanggungjawab berusaha memartabatkan Bahasa Melayu.Kembalikanlah kegemilangannya dengan bermula di peringkat tadika sehinggalah di IPT. Perbanyakkanlah kepelbagaian program menerusi Kempen Cintailah Bahasa Melayu kita di peringkat institusi pendidikan,di daerah-daerah,negeri dan masyarakat setempat..Segalanya bermula dari hati,andai kita benar-benar cintakan Bahasa Melayu kita maka kita akan berusaha mempertahankannya dari sebarang kepincangan.'Tepuklah dada tanya selera'..jangan sampai 'kera di hutan di susukan,anak di rumah mati kelaparan'.
Semoga Bahasa Melayu akan tetap ampuh dan unggul di mata kita selamanya..Salam 1Malaysia.
Ummi Adam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan