Hidup ini bagai satu pelayaran yang sentiasa di lambung ombak, dan tenang seketika. Menuju destinasi entah bilakan tiba.
Dunia ini hanya persinggahan. Tempat kita berteduh buat sementara. Ilmu dan amal jadi pakaiannya, menuju akhirat bumi yang nyata.
Hati itu perlu di jaga. Hidupkan ia dengan zikrullah. Jauhkan ia dari amarah, nescaya dirimu di berkati Allah.
Ilmu itu pelita hidup. Nyalakan ia setap masa. Jadikan pedoman sepanjang usia, kelak hidupmu tak sia-sia.
Budi itu besar pahalanya, ikhlas dan jujur jadi sandarannya. Tinggalkan nama yang baik buat dunia, untuk bekalan di akhirat sana.
Kasih sayang makanan ruhani, bersulamkan taqwa pada ilahi. Sinar bahagia pasti di rasai, insan bestari hidupnya harmoni.
Waktu sekarang lebih berharga daripada seribu tahun yang lalu dan seribu tahun yang akan datang.
Orang yang tertidur satu jam di waktu malam dengan melupakan Allah SWT adalah tertinggal ke belakang seribu tahun dalam perlumbaan keruhanian. Oleh itu apa yang di takdirkan untukmu pasti akan kamu dapat walau seribu halangan.
Rasullah SAW bersabda;'Siapa berusaha menolong keperluan saudaranya hingga terpenuhi atau tidak terpenuhi,maka ALLAH mengampuni dosanya yang terdahulu dan yang kemudian serta ditulis untuknya selamat dari neraka dan kemunafikan'
Rabu, Disember 31, 2008
Isnin, Disember 29, 2008
Kisah Teladan
Lelaki Yang Faham Bahasa Haiwan
Rumi pernah bercerita ;
Ada seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang ternakan, dan apabila dia mendengar bahawa Musa faham akan bahasa binatang, dia merayu Musa supaya mengajar ilmu itu kepadanya. Setelah beberapa tahun belajar, dia menggunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya. Dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda, bahawa kuda akan mati tak lama lagi. Maka lelaki itu menjual kudanya untuk mengelakkan kerugian.
Beberapa ketika kemudian, dia mendengar pula ayam jantan memberitahu anjing , bahawa tidak lama lagi keldai akan mati. Maka sekali lagi dia menjual keldainya kerana takut pada kerugian. Selepas peristiwa tersebut, dia mendengar ayam jantan berkata-kata pada binatang lain. Ayam jantan itu memberitahu bahawa hamba kepada lelaki itu akan mati. Lalu dengan senang hati dia menjual hambanya. Dia gembira kerana ilmu yang dia perolehi dapat di manafaatkan dengan baik.
Suatu hari dia terdengar ayam jantan berkata kepada anjing bahawa tuan mereka pula yang akan mati. Dengan ketakutan lelaki itu pergi berjumpa Musa dan menceritakan segalanya. Dengan tegas Musa berkata; " Sekarang pergilah jual diri anda pula" Apa komen anda?
Kisah Pengemis Dan Isteri Cantik
Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang menikmati hidangan tengahari, tiba-tiba datang seorang pengemis lalu mohon simpati, "Tolonglah tuan, sudah beberapa hari saya tak makan.." Dengan bengis sambil menjeling isterinya yang cantik itu dia menghalau si pengemis.
Tidak lama kemudian, perniagaan si kaya ini jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Lalu dia menceraikan isterinya yang cantik itu kerana tidak mahu isterinya menderita sama. Setahun kemudian wanita cantik itu telah berkahwin dengan lelaki lain.
Suatu hari sedang mereka menjamu selera, datang seorang pengemis meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu lalu si suami menyuruh isterinya menghidangkan juadah yang sama seperti mereka makan. Bila saja si isteri memberi makanan itu kepada pengemis tadi, dia tiba-tiba menangis dan seraya berkata pada suaminya bahawa pengemis itu adalah bekas suaminya yang pernah menghalau seorang pengemis suatu ketika dulu.
Suaminya yang baru itupun menjawab, " Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang di halau itu. "
WARKAH BONDA
Mungkinkah anakanda sudi mendengarnya..
akan bicara hati ini,
Kerana mungkin ia tak kan berulang lagi.
buat kesekian kali
Redup sukma terimbau mimpi,
menanti serinya kuntuman pagi.
bicara sepi lagi..
Senda guraumu bermain di mata,
hanya suaramu yang ada,
tanpa dirimu yang nyata.
Moga kau tersenyum bahagia..
meniti masa di ranjau usia.
Bonda iringkan sepohon doa tiap ketika,
Kerana ini mungkin bicara terakhir bonda.
Detik waktu yang ada kini,
tak mungkin layu sepi sendiri.
Moga airmata bonda tak tumpah lagi.
Jadilah mukmin sejati..
penyambung syiar di suatu ketika nanti.
wariskan ia sematkan di hati,
Jangan kau alpa
Dunia ini banyak onaknya.
berikan hidupmu padaNya jua.
Jangan kau menoleh pada bonda,
kerana bonda tiada nama.
tunaikan cita ,
barulah bonda kan senyum seloka.
Seluruh hidupmu biar berbakti,
buat ummah yang pincang kini.
Jangan kau lirik pada bonda,
andai bonda tiada nanti.
Hiaslah hanya dalam mimpi
pahatlah ia di pusara abadi.
Terkadang bonda menitip bicaramu,
terlukis di mata...
kau tiba memanggil bonda,
lalu mengucup tangan bonda ini..
walau ia lukisan cuma,
dirimu tetap permata hati.............

Ahad, Disember 28, 2008
Angan Dan Sedar
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda; " Permulaan kebaikan umat ini adalah dengan zuhud dan yakin dan akhir kehancurannya adalah sebab bakhil dan berangan-angan panjang. "
14 abad yang lalu, Rasulullah SAW telah memulakan hijrahnya yang pertama bagi umat Islam seluruhnya. Sesungguhnya ketibaan Awal Muharram merupakan detik untuk kita muhasabah diri akan apa yang telah kita perolehi dan apa yang telah kita lakukan. Samada kita telah memperolehi keberuntungan darinya atau pun mengalami kepahitan dan kerugian. Semuanya itu akan meninggalkan seribu satu kenangan dan keinsafan agar kita memperbaiki segala kelemahan diri serta menyuntik satu semangat baru untuk lebih mensyukuri nikmat ilahi.
Manusia merupakan semulia-mulia makhluk ciptaan Allah SWT di muka bumi ini. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Isra'-ayat 70,yang bermaksud;
Dari itu wahai remaja, sebagai semulia-mulia makhluk ciptaan Allah, kita dikurniakan dengan akal fikiran yang sempurna, maka pergunakanlah sebesar-besar nikmat Allah dengan sebaiknya. Anda merupakan aset yang penting untuk membina masa depan dan meneruskan kesinambungan kejayaan Hijrah Rasulullah SAW. Jadikanlah keagungan Islam di zaman Rasulullah SAW sebagai wadah untuk kita membentuk satu tamadun ummah yang lebih cemerlang.
Nikmat masa yang Allah SWT kurniakan kepada kita amatlah lebih berharga daripada emas, intan dan permata. Sedetik masa berlalu ia takkan berulang kembali. Setahun berlalu bererti usia kita telah bertambah. Renungkanlah ke dalam diri, apakah masa kita yang berlalu itu telah kita isi dengan tuntutan Allah SWT. Apakah kita masih lagi berangan-angan akan keseronokkan dunia, alpa dengan kesibukkan seharian tanpa mendatangkan hasil yang bermanafaat. Ingatlah, apabila Izraiil datang menjemput kita, pada ketika itu tiada lagi peluang untuk kita berpatah balik mengumpul bekalan menuju akhirat yang pasti. Ingatlah remaja, selagi kita bernafas maka selagi itulah kita harus mempersiapkan diri dengan ilmu dan amal agar usia kita tidak sia-sia.
Al-Mujahid berkata, " Abdullah bin Umar berkata kepadaku, diwaktu pagi janganlah engkau bicara pada dirimu tentang waktu petang hari, dan jika waktu petang hari pula janganlah engkau bicara tentang waktu pagi. Gunakanlah hidupmu sebelum matimu, serta sihatmu sebelum sakitmu. Engkau tidak tahu apa yang menimpa dirimu di esok hari"
Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya, "Adakah setiap kamu ingin masuk syurga?" Mereka menjawab, "Ya". Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Pendekkan angan-anganmu dan malulah kepada Allah SWT dengan sesungguhnya." Mereka berkata, kami telah malu kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda "Demikian itu bukanlah malu. Akan tetapi malu kepada Allah adalah hendaknya engkau mengingati kubur dan seksanya, menjaga perut dan isinya serta kepala dan isinya pula. Siapa ingin kemuliaan akhirat, ia tinggalkan perhiasan dunia. Di sanalah malu seorang hamba kepada Allah yang sesungguhnya dan dengan itu ia akan mendapat wilayah [ kekuasaan ] Allah".
Sementelah itu remaja, jadikanlah usia sebagai titian iman kita kepada Allah SWT. Jambatan ilmu penghubung masa, agar sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaanNya jua. Kerana apa yang anda perolehi pada ketika ini akan membawa kepada terbinanya sahsiah keluarga anda masa akan datang. Oleh itu, muhasabahlah diri dan bertaqwalah kepada Allah SWT demi kedaulatan Islam yang hakiki.
Pena secangkir budi seberkas hati berlabuh di sini, moga insan remaja beroleh secebis haruman kasturi serta mendapat rahmat ilahi. Salam Maal Hijrah.

"Sesungguhnya kami(Allah)telah memuliakan anak-anak Adam, dan kami angkat mereka didaratan dan dilautan,dan kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik,dan kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna. "

Rabu, Disember 24, 2008
Buatmu Sahabat Sejati
Sahabat,
kau permata di lembah impian
Hadirmu membawa keberkatan
tatkala diriku hampir kecundang
menongkah arus luka di dalam
Sahabat,
kau ibarat penglipur lara
ketika ku pilu kau bijak berbicara
buatku tersenyum dan tawa semula
alangkah indahnya persahabatan kita
Sahabat,
kau mutiara di dasar lautan
sering memberi daku kekuatan
agar bersama menuju impian
tanpa menoleh lagi ke belakang
Sahabat,
kau laksana cincin di jari
pelengkap hidupku penambah seri
sandaran atmaku bukannya mimpi
kaulah anugerah buatku dari Ilahi
alangkah sempurnanya hidupku kini
Sahabat,
kau umpama penyuluh jiwa
tika kelamku kau bawa cahaya
kau iringiku ke alam nyata
agar diriku bertatih semula
alangkah mulianya persahabatan kita
Sahabat,
kau persis lukisan hidupku
melakar indah dengan warnamu
terpahat kini janji di kalbu
moga kita mendapat restu
sesungguhnya kaulah duniaku
Sahabat,
jangan kau pergi dari sisi
kerna kau tiada penggalang ganti
tiada kuatku berdiri di sini
tanpamu aku tersungkur lagi
Sahabat,
akan ku ukir namamu di persada
akan ku tepis segala gelora yang menimpa
hingga terlayar bahtera kita
bersama hingga ke akhir usia
alangkah manisnya persahabatan kita...........
Selasa, Disember 23, 2008
Apa itu CINTA.....
Rasulullah SAW bersabda. ' Ibarat sesama mukmin dalam kasih sayang, cinta, hubungan mereka itu bagai satu jasad. Bila sebahagian sakit, maka seluruh badan turut berduka dengan panas dan berjaga'.
Demikianlah remaja, Islam adalah agama yang penuh kasih sayang dan cinta. Cinta pada yang esa, cinta pada alam juga cinta pada makhluk seisinya. Kita dilahirkan ke dunia inipun adalah hasil dari rasa cinta. Kita dicipta juga adalah dari rasa cinta Allah SWT pada hambanya. Mari kita renung sejenak syair dari Abu Tawwab;
Janganlah engkau tertipu
Seorang kekasih punya tanda
Punya hadiah untuk kekasihnya
Pahit balanya dirasa nikmat
Diterima gembira apapun yang Dia perbuat
Tidak diberipun tidak mengapa
Kefakiran di anggap penghormatan saja
Kau lihat keinginannya
Hanyalah mentaati kekasihnya
Kau lihat mukanya berseri
Hanya sidia yang ada dihati
Remaja yang dikasehi, sebenar-benar cinta itu adalah pada yang hak, iaitu Allah swt. Dialah cinta agung dan hakiki kita. Ingatlah, cinta Allah SWT kepada hambanya adalah pemberian nikmatNya yang berupa keampunan dan terlepas dari azab api neraka. Jika kita mengetahui bahawa kesempurnaan hakiki hanyalah milik Allah dan setiap kesempurnaan itu dapat dilihat dalam diri kita atau orang lain, nescaya barulah kita sedar cinta itu hanya untuk Allah semata. Cinta itu wujud dalam bentuk taat dan patuh pada Allah dan RasulNya. Janganlah kita memperlekehkan pada yang hak tapi memperjuangkan pada yang batil. Ingatlah setiap dari kita pasti akan pergi menemui Rabbinya.
Akan tetapi, kasih sayang terhadap makhluknya juga adalah serpihan cinta Allah buat kita. Kasih sayang sesama insan adalah ikhsan yang tak ternilai. Sebagaimana kasih ibubapa kepada anaknya, kasih guru pada anakdidiknya, kasih suami terhadap isterinya atau kasih insan pada sahabatnya. Dunia remaja penuh dengan khayalan keseronokkan dan keindahan. Memang benar, remaja hanya sekali, jika ditinggal ia rugi, jika diharungi penuh berduri. Sabda Rasulullah SAW , 'Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya saja. Tetapi menyayangi orang lain seperti menyayangi dirinya sendiri.'
Dari itu remaja sekelian, cinta itu biarlah bertempat. Walau di mana anda berada, walau siapa yang anda punya, berikan cinta anda hanya keranaNya. Tulus dan ikhlas pendinding jiwa, tanpanya anda pasti terluka dan terdorong akan tipu daya syaitan seteru yang nyata. Remaja, untuk bercinta juga perlu ilmu. Jiwa yang kosong laksana sekeping kertas kanvas tanpa lukisannya. Lukisan cinta adalah lukisan hidup kita . Kita akan tambah dengan warna-warna keikhlasan serta corak keperibadian agar tampak indah. Kemanakah arahtuju kita? Justeru itu ia perlu strategi dan juga visi. Oleh itu lakarkan peta cinta itu bersama bingkai keimanan. Alangkah manisnya cinta yang bersalut iman dan taqwa, semanis madu seteguh angsana. Dalam penantian keakhir visi, kita percikkan rona-rona kesabaran dan kesungguhan. Sentiasa munajat pada yang Esa, moga terlindung dari onak-onak kerakusan nafsu durjana, diberi kemudahan dalam tiap detik agar bahagia hingga ke penghujungnya.
Apa yang kucatatkan ini hanyalah secebis cuma. Diri ini bukanlah arif lagi bijaksana. Jadikan ia santapan minda saja. Lantaran diriku juga dulu pernah merasa apa itu cinta. Sesungguhnya Allah telah menetapkan siapa jodoh kita sejak azali lagi. Secangkir budi seberkas hati menghulur tangan ke setiap penjuru dunia menanti titipan bicara hati seterusnya. Sesungguhnya diri ini masih bertatih lagi. Hasrat hati agar setiap bicara kita biarlah bersulamkan nur dan ruh iman agar nuansa Islam tetap bertahta hingga akhirnya. Walau kalian berada dipuncak kejayaan, walau hidup diselaputi serba kecanggihan, ingatlah bicara kita akan kelu, sekujur tubuh akan kaku, segala yang kau miliki pasti akan pergi. Kau akan terkedu layu akhirnya.
Salam penuh rindu buatmu Ya Rabbi, moga cintaMu menjalar di setiap jiwa kami, untuk kami titipi cinta sejati bersama insan yang disayangi............
Khamis, Disember 18, 2008
Takut akan Allah s.w.t
Allah telah berfirman, maksudnya; "Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan hendaklah [tiap-tiap]orang memperhatikan apa yang diusahakan esok [hari kiamat]. Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan." [Q.S Al Hasyr;18]. Sesungguhnya orang mukmin takut akan azab Allah, dan seharusnya seorang mukmin harus berada di antara rasa takut dan berharap. Dia harus sentiasa mengharapkan rahmat Allah, dan tidak sekali berputusasa. Ingatlah, rahmat Allah tak akan terhenti terhadap hambanya laksana air kali nan jernih menyusur tebing.
Teman sekelian, tanda-tanda takutkan Allah ada 7. Pertama pada lisannya. Orang mukmin sentiasa menjaga lidahnya dari dusta, ghibah, mengadu domba, berbual kosong dan banyak bercakap. Mereka akan menyibukkan diri dengan berzikr, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya. Mereka membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap saudaranya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan segala kebaikan yang kita lakukan. Pembaca budiman, dengki khianat itu adalah penyakit yang merbahaya dan tiada ubat baginya, selain dari ilmu dan amal.
Ketiga, pada pandangannya iaitu matanya. Maka bagi orang-orang mukmin, mereka tidak akan memandang akan segala macam yang haram di sisi Allah. Tidak pula mereka itu leka akan kelazatan dan tipu daya dunia.
Keempat, pada perutnya. Mereka tidak memakan yang haram baik dari sumbernya mahupun bersubahat akannya. Makanan yang halal di sisi Allah menjamin kenikmatan tubuh yang sihat dan menjauhi dari azab api neraka kelak.
Kelima, pada kedua tangannya. Nikmat tangan yang dikurniakan diguna hanya untuk mentaati Allah semata.
Keenam, pada kakinya. Tidak ia berjalan untuk maksiat melainkan hanya untuk mencari keredhaannya.
Ketujuh, terlihat pada ketaatannya. Sesungguhnya mereka takut akan nikmat yang diberi akan menjadikan mereka ujub dan riak. Berpesan-pesanlah kita agar kita tergolong dari kalangan orang-orang yang dikasehi Allah. Amin...
Secangkir budi seberkas hati mohon melabuhkah tirai tinta seketika, bertemu di lain bicara, salam menikmati tuntutan ilahi..

Langgan:
Catatan (Atom)