Rasullah SAW bersabda;'Siapa berusaha menolong keperluan saudaranya hingga terpenuhi atau tidak terpenuhi,maka ALLAH mengampuni dosanya yang terdahulu dan yang kemudian serta ditulis untuknya selamat dari neraka dan kemunafikan'
Isnin, Disember 29, 2008
Kisah Teladan
Lelaki Yang Faham Bahasa Haiwan
Rumi pernah bercerita ;
Ada seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang ternakan, dan apabila dia mendengar bahawa Musa faham akan bahasa binatang, dia merayu Musa supaya mengajar ilmu itu kepadanya. Setelah beberapa tahun belajar, dia menggunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya. Dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda, bahawa kuda akan mati tak lama lagi. Maka lelaki itu menjual kudanya untuk mengelakkan kerugian.
Beberapa ketika kemudian, dia mendengar pula ayam jantan memberitahu anjing , bahawa tidak lama lagi keldai akan mati. Maka sekali lagi dia menjual keldainya kerana takut pada kerugian. Selepas peristiwa tersebut, dia mendengar ayam jantan berkata-kata pada binatang lain. Ayam jantan itu memberitahu bahawa hamba kepada lelaki itu akan mati. Lalu dengan senang hati dia menjual hambanya. Dia gembira kerana ilmu yang dia perolehi dapat di manafaatkan dengan baik.
Suatu hari dia terdengar ayam jantan berkata kepada anjing bahawa tuan mereka pula yang akan mati. Dengan ketakutan lelaki itu pergi berjumpa Musa dan menceritakan segalanya. Dengan tegas Musa berkata; " Sekarang pergilah jual diri anda pula" Apa komen anda?
Kisah Pengemis Dan Isteri Cantik
Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang menikmati hidangan tengahari, tiba-tiba datang seorang pengemis lalu mohon simpati, "Tolonglah tuan, sudah beberapa hari saya tak makan.." Dengan bengis sambil menjeling isterinya yang cantik itu dia menghalau si pengemis.
Tidak lama kemudian, perniagaan si kaya ini jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Lalu dia menceraikan isterinya yang cantik itu kerana tidak mahu isterinya menderita sama. Setahun kemudian wanita cantik itu telah berkahwin dengan lelaki lain.
Suatu hari sedang mereka menjamu selera, datang seorang pengemis meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu lalu si suami menyuruh isterinya menghidangkan juadah yang sama seperti mereka makan. Bila saja si isteri memberi makanan itu kepada pengemis tadi, dia tiba-tiba menangis dan seraya berkata pada suaminya bahawa pengemis itu adalah bekas suaminya yang pernah menghalau seorang pengemis suatu ketika dulu.
Suaminya yang baru itupun menjawab, " Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang di halau itu. "
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan