Bagaimana hendak ketahui benarkah si dia itu jodoh kita?
Andai dia bersikap bersahaja dan tidak di buat-buat menunjukkan ia bukanlah satu lakonan semata.Perhatikanlah cara dia berpakaian,percakapan,ketawa serta cara dia makan dan minum.Jika segala perlakuan dia tidak sepontan,berbeza gayanya dan agak terkawal memang sah sidia berlakon.
Kehadirannya amat membahagiakan anda,di mana anda dan sidia tidak pernah merasa jemu atau bosan.Apabila berjauhan mudah merasa rindu.
Sidia menerima kita seadanya.Dia tidak pernah ambil kisah siapa anda,apa yang penting dia tetap ingin bersama anda sentiasa.Dia juga ingin berkongsi masalah atau apa saja kekurangan anda.Sentiasa memberi semangat dan sokongan dalam semua keadaan.
Sidia merupakan seorang yang jujur,kerana kejujuran bukanlah perkara yang boleh di lakonkan..terutama apabila berjauhan.Kejujurannya akan terserlah seandainya sidia sentiasa memberi khabar dan memberitahu segala kegiatannya tanpa di minta.Ini menunjukkan sidia sangat setia dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan .
Sikap percaya dan mempercayai antara satu sama lain.Kedua-dua merasa selamat jika meluahkan rahsia atau masalah antara satu sama lain.
Suka bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu.Ini adalah penting kerana ia mempengaruhi kehidupan yang akan datang.
Anda dan sidia memahami segala sikap buruk baik keduanya.Kedua-duanya tidak pernah merasa ada garis perbezaan atau sebarang masalah yang boleh merenggangkan hubungan.
Sidia sedia berkongsi segalanya dengan anda,malahan sanggup bercerita tentang kelemahan dan keburukannya kerana sebagai pasangan anda perlu menerimanya dengan seadanya.
Apa pun jodoh,ajal maut itu adalah ketentuan Tuhan,sebagai hambaNya kita kena berusaha
Segala petikan di atas adalah intisari dari segmen variasi khamis harian metro,29.4.2010.
Ibu,
tujuh gunung, tujuh lautan..
tidak setinggi cinta yang kau bentangkan..
tidak seluas kasih yang kau hulurkan..
Ibu,
lelangit biru menjadi indah
dengan senyum manis mu,
mawar,melati mekar sudah.
bila harum mu bak di taman firdausi.
Ibu,
damailah hati di fajar bakti,
cinta mu nan abadi,
tidak lekang walau kemarau panjang menyelubungi...
Permata hati sekalian,ibu adalah insan yang paling terdekat dengan kita.Dari dalam kandungan,hinggalah kita lahir ke dunia,dialah yang sentiasa berada di sisi menemani kita tak kira masa.Dialah juga guru pertama yang telah mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya.Sungguh besar pengorbanannya demi melihat kita menjadi insanul kamil.
Justeru itu,permata hati sekalian,hormatilah dan hargailah kehadirannya selagi hayat di kandung badan.Tanpa ibu,siapalah kita..Tanpa ibu di manalah kita..Jangan sesekali kita menderhaka kerana walau segunung emas yang kita punya ia takkan sama dengan kasih sayangnya dan tak terbalas oleh kita akan segala jasanya.Tidak terlayar bahtera hidup kita andai selaut kasihnya kita tuba.Tidak sejahtera walau di mana kita berada andai hatinya kita siksa..
Aduhai permata hati ku,sayangilah ibu,setitik airmatanya gugur ke bumi dek terluka oleh kita maka jauhlah kita dari haruman syurga firdausi..Tempatkan dia di hati walau dia telah tiada lagi.
Ummi Adam'
Taman Daiman Jaya.
Anak-anakku,
bisikkanlah pada ibu..
suara kasih yang tertinggal
mengapa begitu tegar bibir manismu itu,
mendodoi ibu dengan kalimat seteru..
aduhai manjaku,
tak pernah ibu telan ungkap pedihmu
tak pernah ibu bayang wajah bungkam mu
melainkan permata di dasar hati
yang tak bisa lepas hingga mati
mimpikah ibu ini,
menadah tangan yang penuh api..
mengunyah hempedu yang pahit sekali
aduhai anak-anakku sayang,
meski jauh lagi ibu rentasi
doa ibu tetap di hati
harap ibu tak pernah khianati
walau tenggelam ke dasar laut nan dalam
menyapa awan rindu di langit biru
agar ia dingin kembali
menjadi kolam sepi..
anak-anakku
kembalikan ruh ketenangan
kerana air mata ini tiada kesudahan
bagai memukul fitrah alam
kemusnahan..
keruntuhan...
kematian...
inikah mimpi ngeri itu?
inikah janji yang tertulis itu?
dengarlah anak-anakku,
jangan kau senyum di balik kedukaan
jangan kau tepis tarbiyah yang datang
bingkiskanlah pada waktu ibu..
keredhaan jadi penentu
jangan kau ulangi sengketa di hatimu
kerana itu bukan mahuku
bentangkan sejadah taubatmu
dikirkan tasbih kasih
jangan kau biar airmata sedih
menjadi racun pada satu keikhlasan..
inilah satu pengajaran....!
Catatan luka seorang ibu
Ummi Adam
Petang tadi dalam perjalanan pulang,saya singgah di Econsave Taman Daiman Jaya untuk membeli beberapa barang keperluan dapur.Selepas itu saya ke gerai roti canai..teragak di hati untuk membelinya buat makan malam nanti.Kelihatan di sebelah saya seorang peniaga lelaki bertubuh sasa sedang berbual dengan tuan punya gerai.Dari raut wajah jelas kelihatan beliau berketurunan cina.Tiba-tiba kedengaran di telinga saya,lelaki tersebut mengucap 'alhamdulillah'.Saya menoleh kearahnya sambil cuba menelah apa butir bicara mereka.Sambil tersenyum beliau berkata kepada saya(,mungkin beliau sedar saya begitu kagum mendengar akan kefasihan bicaranya itu).."1 MALAYSIA kak...,Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama,kita patut mengetahui sedikit sebanyak tentang budaya dan agama masing-masing".Saya terdiam sejenak memikirkan kata-katanya itu.Subhanallah..alangkah indahnya andai seluruh rakyat Malaysia dapat berfikiran seperti insan tadi."Saya seorang peniaga,adalah menjadi tanggungjawab saya untuk berniaga secara ikhlas,jujur dan bertolak-ansur.Kita juga tidak boleh memaksa orang untuk membeli barang kita...kerana ia sebenarnya akan merugikan kita dan pembeli,hati kena bersih,dan jangan takut rugi..kerana rezeki ada di mana-mana..betul tak kak?". Saya mengangguk-angguk tanda setuju.MasyaAllah,saya benar-benar 'terpukul' dengan kata-kata beliau tadi.Allahuakbar..seorang yang bukan muslim dapat menghayati amalan yang sebenarnya di tuntut dalam agama Islam .Alhamdulillah,memang benar agama kita sangat indah dan benar segalanya......Di dalam hati saya berdoa,'Ya Allah kau kurniakanlah hidayahMu pada orang ini untuk menjadi saudara seislamku...amin..'
Ummi Adam
Sejambak bunga di atas meja itu,
penuh pancawarna
di hias cantik persis perawan desa
di kalung permata indah rupa.
Sejambak bunga di atas meja,
terpanar hati kerana khabarnya
di susun kembang di raga rotan
berselang seli bak di taman
Sejambak bunga di atas meja,
di rimbun daun hijau laksana
ibarat rimba dara sembunyi
tak jemu mata mencuri
Sejambak bunga di atas meja
takkan layu semusim usia
ia tetap jadi hiasan
walau tak punya haruman
Sejambak bunga di atas meja itu
tidak perlu kita membaja
mengabur mata untuk berleka
tak mungkin dapat kita nikmatinya
kerana sejambak bunga tiada rasa..
Ummi Adam