Petang tadi dalam perjalanan pulang,saya singgah di Econsave Taman Daiman Jaya untuk membeli beberapa barang keperluan dapur.Selepas itu saya ke gerai roti canai..teragak di hati untuk membelinya buat makan malam nanti.Kelihatan di sebelah saya seorang peniaga lelaki bertubuh sasa sedang berbual dengan tuan punya gerai.Dari raut wajah jelas kelihatan beliau berketurunan cina.Tiba-tiba kedengaran di telinga saya,lelaki tersebut mengucap 'alhamdulillah'.Saya menoleh kearahnya sambil cuba menelah apa butir bicara mereka.Sambil tersenyum beliau berkata kepada saya(,mungkin beliau sedar saya begitu kagum mendengar akan kefasihan bicaranya itu).."1 MALAYSIA kak...,Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama,kita patut mengetahui sedikit sebanyak tentang budaya dan agama masing-masing".Saya terdiam sejenak memikirkan kata-katanya itu.Subhanallah..alangkah indahnya andai seluruh rakyat Malaysia dapat berfikiran seperti insan tadi."Saya seorang peniaga,adalah menjadi tanggungjawab saya untuk berniaga secara ikhlas,jujur dan bertolak-ansur.Kita juga tidak boleh memaksa orang untuk membeli barang kita...kerana ia sebenarnya akan merugikan kita dan pembeli,hati kena bersih,dan jangan takut rugi..kerana rezeki ada di mana-mana..betul tak kak?". Saya mengangguk-angguk tanda setuju.MasyaAllah,saya benar-benar 'terpukul' dengan kata-kata beliau tadi.Allahuakbar..seorang yang bukan muslim dapat menghayati amalan yang sebenarnya di tuntut dalam agama Islam .Alhamdulillah,memang benar agama kita sangat indah dan benar segalanya......Di dalam hati saya berdoa,'Ya Allah kau kurniakanlah hidayahMu pada orang ini untuk menjadi saudara seislamku...amin..'
Ummi Adam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan