- Setia terhadap sahabat, elakkan berlaku curang dan perbuatan menikam dari belakang.
- Sokong; Sentiasa menyokong sahabat secara membina.
- Siddiq; Sentiasa membenarkan perkataannya yang baik-baik.
- Syukur; Berilah sebarang penghargaan atau pujian di atas kebaikannya kerana dia begitu berharga dan bernilai bagi kita.
- Suluh; Sentiasa berkongsi perasaan atau masalah dengan memberi semangat dan sinar kegembiraan padanya.
- Sopan santun; Bertuturlah dengan lemah lembut dan perlakuan yang baik. Jangan sesekali menyakiti hatinya.
- Soleh/Soleha; Jadilah seorang sahabat yang sentiasa berpegang teguh pada agama dalam setiap urusan.
- Seadanya; Sentiasa memahami dan menerima segala kelebihan atau kekurangan sahabat dengan positif.
- Seiring sejalan; Sedia berkongsi pendapat atau aktiviti dengan sikap bertolak ansur dan sentiasa menghormati kehendak sahabat.
- Sayang; Sayangi sahabat anda dengan sentiasa mengambil berat akan keadaannya baik dari segi kesihatannya, keluarganya mahupun kehidupan sehariannya. [Ummi Adam]
Rasullah SAW bersabda;'Siapa berusaha menolong keperluan saudaranya hingga terpenuhi atau tidak terpenuhi,maka ALLAH mengampuni dosanya yang terdahulu dan yang kemudian serta ditulis untuknya selamat dari neraka dan kemunafikan'
Jumaat, Februari 20, 2009
10 Tip Mengekalkan Persahabatan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan